BISMILLAH,
Alhamdulillah, sekali lagi kita dapat merasai nikmat kehidupan ini. Kita dapat melihat, makan, ketawa dan segalanya yang mungkin menyinari hidup kita. Allah S.W.T sesungguhnya telah meletakkan kehidupan dalam keadaan baik dan kita sahaja yang sengaja mencari masalah. Ketika aku menyelak isi forum yang bakal aku persembahkan esok, hati aku tiba-tiba rasa sakit. Maka, aku bangun, menarik nafas panjang dan menyebut Allah. Alhamdulillah. Aku tahu ketika kita sedang bergelumang dalam masalah, ada lagi orang-orang di luar sana yang lebih teruk masalahnya. Aku membuka satu blog dan melihat ceramah oleh bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Melihat cara percakapannya dan air mukanya. Terpesona aku. Jujur bestnya kalau dapat memiliki ilmu agama seperti beliau tetapi mungkin aku masih cukup lagi untuk jadi seperti beliau.
Berbalik pada topic yang aku ingin bincangkan iaitu syukur, sesungguhnya perkara ini kalau diteliti, ia sangat susah dilihat terutama zaman sekarang. Semua seolah-olah cuba bertanding antara satu sama lain. Walau kadang-kadang semangat berlumba ini baik, tetapi jika ia terkeluar dari landasa ad’din kita iaitu Islam. Maka kurang eloklah tu kan??? Sesungguhnya Allah amat menyukai muqmin yang bersyukur tidak kiralah nikmat kita peroleh itu kecil atau besar. Aku pun pernah juga rasa tidak puas hati dengan segala apa sekeliling aku tetapi Alhamdulillah, apabila aku bersyukur sebenarnya perkara itu akan membuahkan nikmat yang kita tidak sangka. Syukur kepada hadratNya kerana padaNya lah kita serahkan urusan kita.
Tawakkal, tawakkal dan tawakkal. Istilah ni kita dengar sejak di bangku sekolah lagi. Malah istilah ini kadangkala turut dijadikan moto untuk menggambarkan tentang kebesaran maknanya. Tawakkal ialah menyerahkan segala urusan kepada Allah setelah kita berusaha. Kadangkala, Allah memberi nikmat pada insan yang bertawakal lebih dari disangkanya. Maka janganlah kita anggap perkara ini remeh sedangkan hasilnya sangatlah besar. Berserahlah pada Allah tanpa ragu-ragu dengan ketetapannya kerana apa yang baik itu datang dari Allah S.W.T… J
No comments:
Post a Comment